
Assalamualaikum semua selamat pagi🙌🏻🙌🏻🙌🏻
Harini admin nak kongsikan tips yang penting untuk kesihatan mental dan boleh dibuat dengan mudah sahaja.
Cuba amalkan ok👏
- Jaga kata-kata dan pertuturan supaya tidak menambahkan stress atau mencetus panik.
- Kekalkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan. Jangan asingkan diri
- Jaga keperluan asas diri seperti makan, berehat dan tidur secukupnya
- Apabila berada di rumah, lakukan aktiviti yang bermanfaat
- Elakkan dari melakukan aktiviti tidak sihat seperti merokok, minum arak atau mengambil dadah
- Lakukan senaman dan kekal aktif
- Kongsi perasaan anda dengan orang yang anda percayai.
Semoga Perkongsian Admin ini bermanfaat kepada semua. Kalau bermanfaat boleh share ye, sama-sama ambil manfaat.