Adakah Saya Terkena Panic Attack? Buat teknik pernafasan ini untuk legakan segera

Adakah Saya Terkena Panic Attack? Buat teknik pernafasan ini untuk legakan segera


TERLALU RAMAI yang datang ke wad emergency di Hospital kuala lumpur dengan gejala panic attack tapi mereka tak sedar langsung akan simptom ini.

Saya nak sangat kalian tahu tanda-tanda panic attack ini datang menyerang dan saya nak kalian semua ada ilmu ini sebagai perisai utama di masa akan datang. Jika bukan untuk kalian, siapkanlah ilmu ini untuk keluarga dan orang yang tersayang.

Apa Itu Panic Attack?

ia adalah seperti panic berlebihan tanpa kita sedari. Badan dan otak telah menghidupkan mode terancam dan memberi respon seperti di ancam.

Apa tanda-tanda di serang panic attack?

  1. Berasa seperti kematian sangat hampir dengan kalian. Sangat menyeramkan hingga kalian berada dalam stage sangat ketakutan.
  2. Hilang kawalan ke atas badan dan emosi sendiri. Marah berlebihan, nangis berlebihan. Nak bangun pun rasa tak boleh nak angkat badan. Pergerakan seakan terbatas.
  3. Denyutan jantung yang semakin laju secara tiba-tiba.
  4. Sesak nafas secara tiba-tiba. Tak buat apa, hanya duduk depan tivi, tiba-tiba terasa takut sangat dan sesak nafas entah datang dari mana. Ya, ini juga tanda panic attcak datang menyerang.
  5. Berdebar-debar secara tiba-tiba. Selaluya ia berlangsung selama 15-30 minit. Kalian sedar rasa debar ini, kalian sangat alert rasa ini. hati-hati, ini juga tanda panic attack sedang menyerang.
  6. Gugup / Rasa nak pengsan - terlalu cemas kadang rasa nak muntah, menggigil tak tahu kenapa. Ada juga kes pesakit hanya nak baring saja tak nak buat apa-apa kerana terlalu cuak dan takut berlebihan.
  7. Berpeluh teruk secara tiba-tiba. Rasa badan panas , nak muntah pun ada juga. Kepala tiba-tiba rasa sakit waktu panas ini datang menyerang.

Apa punca Panic Attack menyerang?

  1. STRESS - yang di bina secara perlahanlahan. Stress yang kecil jika tidak diuruskan dengan baik akan membiak menjadi punca panic attack menyerang.
  2. Suasana yang berubah secara tiba-tiba. Badan dan otak terpaksa menyesuaikan diri dengan cepat dalam situasi baru. Tanpa fast adaptation, panic attack akan datang menyerang!
  3. Genetik juga ada menyumbang dalam isu ini.
  4. Pengalaman masa lalu yang tidak di lepaskan dan membawa trauma kepada pesakit hingga ke hari ini.
  5. Pengambilan kafein, alkohol berlebihan

Apa nak buat bila Panic Attack menyerang?

Terus buat Teknik Pernafasan on the-spot ini!

  1. Duduk tempat selesa - Jauhkan diri dari cahaya matahari terlalu terang, gajet yang tak berhenti berbunyi. Matikan tv, radio, cari tempat yang kurang bunyi dan selesa.
  2. Cuba untuk pejam mata seketika. Memang sukar untuk kita fokus di saat peluh menitik tak sudah, tapi paksa diri kalian untuk pejam mata hanya beberapa saat ini sahaja.
  3. kira 4-4-4 Tarik nafas 4 saat, tahan nafas 4 saat, dan hembuskan nafas 4 saat.
  4. Buat hingga kalian rasa lega. Ia mungkin mengambil masa dari 10 - 20 kali bernafas begini.
  5. Bila dah lega , teruskan istigfar mohon Allah permudahkan segalanya.
Moga Artikal ini memberi manfaat pada kalian. Mohon alert dengan simptom Panic Attack yang makin berleluasa sekarang.

#kitajagakita
#Allahjagakita

P/s: Jika posting ini bermanfaat, anda diminta untuk save link ini dan share kepada orang ramai.

==================

IKLAN

Anxamin Penawar Anxiety & Panik Attack

Merasa Tenang & Relek
Lebih Fokus
Tidak Sesak Nafas
Tidak Rasa Risau Melampau

RM139-RM390 Baru

1893 Terjual

BELI SEKARANG

Postingan Terkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back to Top

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *

Products

Cari Artikel