Adakah Saya Terkena Panic Attack? Buat teknik pernafasan ini untuk legakan segera
Apa Itu Panic Attack?
Apa tanda-tanda di serang panic attack?
- Berasa seperti kematian sangat hampir dengan kalian. Sangat menyeramkan hingga kalian berada dalam stage sangat ketakutan.
- Hilang kawalan ke atas badan dan emosi sendiri. Marah berlebihan, nangis berlebihan. Nak bangun pun rasa tak boleh nak angkat badan. Pergerakan seakan terbatas.
- Denyutan jantung yang semakin laju secara tiba-tiba.
- Sesak nafas secara tiba-tiba. Tak buat apa, hanya duduk depan tivi, tiba-tiba terasa takut sangat dan sesak nafas entah datang dari mana. Ya, ini juga tanda panic attcak datang menyerang.
- Berdebar-debar secara tiba-tiba. Selaluya ia berlangsung selama 15-30 minit. Kalian sedar rasa debar ini, kalian sangat alert rasa ini. hati-hati, ini juga tanda panic attack sedang menyerang.
- Gugup / Rasa nak pengsan - terlalu cemas kadang rasa nak muntah, menggigil tak tahu kenapa. Ada juga kes pesakit hanya nak baring saja tak nak buat apa-apa kerana terlalu cuak dan takut berlebihan.
- Berpeluh teruk secara tiba-tiba. Rasa badan panas , nak muntah pun ada juga. Kepala tiba-tiba rasa sakit waktu panas ini datang menyerang.
Apa punca Panic Attack menyerang?
- STRESS - yang di bina secara perlahanlahan. Stress yang kecil jika tidak diuruskan dengan baik akan membiak menjadi punca panic attack menyerang.
- Suasana yang berubah secara tiba-tiba. Badan dan otak terpaksa menyesuaikan diri dengan cepat dalam situasi baru. Tanpa fast adaptation, panic attack akan datang menyerang!
- Genetik juga ada menyumbang dalam isu ini.
- Pengalaman masa lalu yang tidak di lepaskan dan membawa trauma kepada pesakit hingga ke hari ini.
- Pengambilan kafein, alkohol berlebihan
Apa nak buat bila Panic Attack menyerang?
- Duduk tempat selesa - Jauhkan diri dari cahaya matahari terlalu terang, gajet yang tak berhenti berbunyi. Matikan tv, radio, cari tempat yang kurang bunyi dan selesa.
- Cuba untuk pejam mata seketika. Memang sukar untuk kita fokus di saat peluh menitik tak sudah, tapi paksa diri kalian untuk pejam mata hanya beberapa saat ini sahaja.
- kira 4-4-4 Tarik nafas 4 saat, tahan nafas 4 saat, dan hembuskan nafas 4 saat.
- Buat hingga kalian rasa lega. Ia mungkin mengambil masa dari 10 - 20 kali bernafas begini.
- Bila dah lega , teruskan istigfar mohon Allah permudahkan segalanya.
IKLAN

Anxamin Penawar Anxiety & Panik Attack
Merasa Tenang & Relek
Lebih Fokus
Tidak Sesak Nafas
Tidak Rasa Risau Melampau
1893 Terjual
Tiada ulasan:
Catat Ulasan