Cara Menangani Stres Dengan Bijak Teknik 10B

Cara Menangani Stres Dengan Bijak Teknik 10B


Pada posting kali ni, admin nak berkongsi dengan anda cara nak menangani stress dengan bijak.

Jom ikuti perkongsian admin dibawah.

Stres adalah tindak balas fizikal (badan) emosi (perasaan) dan mental kepada sebarang perubahan.

7 Tanda-Tanda Stres

  1. Letih keterlaluan
  2. Sakit kepala
  3. Cepat marah
  4. Gelisah
  5. Ganguan tidur
  6. Perubahan selera makan
  7. Tingkah laku agresif

Kenapa Anda Stres?

Menurut kajian, stress boleh berlaku akibat 4 keadaan dibawah:-

  1. Diri sendiri - Harapan terlalu tinggi
  2. Keluarga - Konflik rumah tangga, kewangan & tragedi
  3. Pekerjaan - Beban kerja
  4. Konflik dengan rakan sekerja.
Anda termasuk dalam keadaan yang mana? Keempat-empat? bermakna stres anda berada dalam keadaan yang serius.

Cara Mengatasi Stres Dengan Bijak Hanya Amalkan Teknik 10B

  1. Bersyukur
  2. Bernafas dengan teratur
  3. Bicara diri
  4. Beribadat
  5. Berkongsi perasaan
  6. Berehat & Mendengar Muzik
  7. Berurut
  8. Beriadah
  9. Bersenam
  10. Berfikiran positif
Cubalah amalkan teknik 10B ni anda akan rasa perubahan yang besar dalam hidup anda. Jom amalkan segera.

Apa Yang Anda Harus Lakukan Apabila Marah?

Baru-baru ni admin terkejut mendegar 1 berita tentang melakukan pembunuhan secara tidak sengaja. Hanya marah menguasai kita segala tidak tanduk yang kita lakukan tanpa sedar. Tak pasal-pasal kena jatuh hukuman kanun keseksaan 302. Hal kecil sahaja, menyesal seumur hidup.

Admin sarankan kepada anda lakukan 4 perkara ini apabila marah.
  1. Bertenang - Tarik nafas mendalam dan lepaskan perlahan-lahan
  2. Kenal pasti punca anda marah
  3. Jika tidak dapat mengawal keadaan, tingalkan tempat dengan serta merta.
  4. Berbincang dengan keluarga & rakan
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat, jangan lupa share ye. InsyaAllah kita ambil manfaat sama-sama.

==================

IKLAN

Anxamin Penawar Anxiety & Panik Attack

Merasa Tenang & Relek
Lebih Fokus
Tidak Sesak Nafas
Tidak Rasa Risau Melampau

RM139-RM390 Baru

1893 Terjual

BELI SEKARANG

Postingan Terkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back to Top

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *

Products

Cari Artikel