search

Mcm mana makanan pedas boleh buat jadi anxiety ye?

Mcm mana makanan pedas boleh buat jadi anxiety ye?

Mcm mana makanan pedas boleh buat trigger ya?

Maksud saya mcm mana nak relate makanan pedas dgn anxiety..

Sy punya partner ni, dia mmg kerap makan pedas... Lepas tu, nanti dia akan sakit perut.. Kadang tak selesa perut..

Dia tahu dan saya selalu ingatkan dia elak makan pedas.. Tp tu lah dia makan juga


Baik terima kasih bertanyakan soalan ini, terutama sekali sebab selalu ingatkan pada partner cik untuk elakkan pengambilan makanan pedas☺️👍

Untuk pengetahuan, kebanyakkan mereka yang alami anxiety mudah untuk alami gastrik gerd juga. Ia berkait rapat. Pencetus atau penyebab kepada gastrik gerd, bila kerap makan makanan terlalu pedas, masam, berminyak dan berkafeine, seperti nescafe, kopi, teh.

Selain pemakanan ini, penyebab lain juga, lambat makan atau tidak ikut jadual waktu makan, dan banyak buat kerja berat, atau angkat barang berat.

Faktor lain menyumbang kepada gastrik gerd termasuklah tidak cukup rehat, stres, kurang tidur malam, atau tidur yang terganggu, jika cik perasan antara pencetus ini ada pada mereka yang alami anxiety.

Jadi,biasanya mereka yang alami anxiety, tidur mereka terganggu, tidak cukup rehat, stres, emosi tidak stabil dan lain-lain menyebabkan gastrik gerd berlaku, atau pun trigger untuk berlaku asid reflux dalam perut. Ianya akan menyebabkan partner cik sakit perut, panas pedih, kembung/angin, tidak selesa dan lain-lain simptom.

Antara tips untuk cegah daripada simptom itu datang adalah dengan pastikan amalkan gaya hidup yang sihat, banyakkan berpantang makanan, yang terlalu pedas, masam, berminyak dan berkafeine. Boleh sahaja ambil cuma dalam portion yang sedikit sahaja.

Selain itu, makan pada awal waktu dan makan makanan berat elakkan masuk angin, banyakkan minum air suam juga untuk legakan asid refluks. Jika ada minyak angin, sapu pada bahagian tidak selesa, telapak tangan, kaki, dada, perut, belakang tengkuk dan tepi dahi. Jangan lupa untuk pakai sarung kaki.

Elakkan juga buat kerja berat atau angkat berat, dan pastikan tubuh cukup rehat☺️ elakkan stres, dan tidur yang berkualiti.

Seterusnya, boleh juga buat senaman ringan atau aktiviti yang mengeluarkan peluh, biar toksin yang menjadi punca penyakit keluar juga dari tubuh. Inshallah tubuh akan berasa lebih sihat selepas keluarnya peluh.

Jadi boleh pesan pada partner cik info dan tips ini ok👏🏻👏🏻👏🏻



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping