icon-search

Teknik 10B Menguruskan Stress / Tekanan

Teknik 10B Menguruskan Stress / Tekanan

Macam mana nak guna teknik 10b dalam mengurus stress? Jom baca sampai habis.

Stress atau tekanan ialah keadaan seseorang itu mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental dan ianya berkaitan dengan cara hidup kita. Apa jua keadaan atau situasi yang mengancam atau dianggap menganggu keadaan diri seseorang. Stress menyebabkan individu memerlukan keupayaan dan cara untuk menghadapinya.

Pengurusan stress bergantung kepada faktor stress yang menunjangi perkara ini. Seseorang perlu untuk mengelakkan daripada punca-punca tersebut. Selain itu, terdapat beberapa cara lain yang boleh untuk dilakukan. Ataranya:

1. Bertenang

Setiap kali adna berasa stress atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurnagkan kitaran stress negatif pada peringkat permulaan. Fokus dengan apa yang di depan anda. Elak dari terus menbanyangkan punca stress atau tekanan anda.

2. Bernafas Dengan Dalam

Lalukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan. Tarik nafas dengan perlahan. Hela dan rasakan udara yang sedang memenuhi ruang dada anda. hayati dan lepaskan nafas anda secara perlahan. Kandungan oksigen yang lebih ini akan membuatkan minda anda tenteram dan membangkitkan perasaan yang lebih tenang.

3. Berkata "Relakslah"

Cuba katakan pada diri sendiri, ketika merasakan stress, "Relakslah", "Tak mengapa" atau berkata "Tak pelah, Oklah tu". Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat mententeramkan perasaan dan mengurangi tekanan dan stress. Pujuk diri. Anda adalah pemengang kunci bertenang agar emosi kelak akan menuruti.

4. Beribadah

Lakukan ibadat seperti berzikir, meditasi dan bersembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadah dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasaan seseorang. Membayangkan keadaan releks dengan berbicara dalam doa juga selalunya membantu. Beribadat membawa maksud yang luas. Seseorang itu boleh melakukan perkara yang mendekatkan diri dengan penciptanya. Apa sahaja ibadat yang mampu memusatkan fikiran ke arah pahala dan kasih sayang tuhan.

5. Berkongsi Perasaan Dengan Seseorang

Bercakap dengan ahli keluarga atau teman rapat yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda. Luahkan dan kongsi perasaan anda dengan mereka. Apabila anda berkongsi perasaan dengan prang lain, anda akan berasa lega dan ini dapat mengirangkan tekanan yang anda hadapi.

 Ketahui bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda. Ini merupakan terapi yang sering digunakan dalam psikologi. Mempunyai teman bercakap sememangnya baik, namun sekiranya terbatas, bercakap dengan seseorang yang asing seperti di kedai kopi, stesen bas atau keretapi juga banyak membantu.

Jika anda membeli Anxamin, anda akan dimasukkan ke dalam group telegram untuk sama-sama bertanya, berkongsi dan luah perasaan di dalam group.

6. Berurut

Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Cuba regangkan dan urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengirangkan stres. Berurut mampu melancarkan aliran darah. Urutan refleksiologi kaki, mahupun di atas kerusi urut mampu membuka jalan untuk ketenangan fikiran.

7. Berehat dan Mendengar Muzik

Apabila anda stress berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang anda sukai. Terapi musik membantu mengurangkan dengyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relaks serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.

Hentikan kerja yang sedang anda lakukan. Amalkan teknik pernafasan yang baik, membanyangkan sesuatu pengalaman sejuk dan indah, duduk sebentar untuk istirehat dari tugasan yang sibuk. Terapi muzik sudah diguna pakai sejak ribuan tahun lamanya. Kini anda boleh juga dapatkan alunan terapi bunyi alami seperti air hujan dan bunyi biring di hutan. Semuanya kini di hujung jari.

8. Beriadah

Luangkan sedikit masa anda untuk aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau kawan. Lakukan aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira dan mengurangkan stress. Luangkan sedikit masa anda dengan rekreasi santai mengambil udara di tempat luar dari kebiasaan. Pertukaran pemandangan dan suasana mampu mengubah pesepsi dan tanggapan kita terhadap sesuatu perkara.

9. Bersenam

Bersenam sememangnya boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin dan anda akan berasa lega dan kurang tegang. Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan senaman aerobik. Pertukaran udara yang kerap dalam sistem respirasi badan, dan pertukaran air melalui perpeluhan sekiranya berlaku secara kerap akan mengembalikan kesegaran dan ketenangan diri.

Bersenam mampu mengurangkan stress

10. Berfikiran positif

Stress juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap situasi. Cubalah berfikir secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif. Fikirkan kebaikan dan keindahan sesuatu perkara bukan keburukan dan kesannya. Kita perlu berfikiran positif untuk meningkatkan harga diri sendiri. Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.

Sentiasa berfikiran positif untuk kurangkan stress



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping