7 S Vitamin Emosi Ibu Yang Mudah Penat & Rasa Penuh Sesak Dada

7 S Vitamin Emosi Ibu Yang Mudah Penat & Rasa Penuh Sesak Dada

7 S Vitamin Emosi Ibu


Kita mudah penat dan rasa penuh sesak dada, rasa nak 'cuti' dari jadi ibu hari ini...MC, tapi tak boleh ..

Ini antara yang kita boleh 'check' dan cuba amalkan, cukupkan setiap hari.

7 S:

1. SENYUM 

Senyumlah, cuba senyum sekarang selebarnya. Otak ingat kita sedang happy dan bahagia, insyaAllah.

Otak kita akan melepaskan molekul kecil yang disebut neuropeptida bagi membantu kita mengatasi tekanan. Kemudian neurotransmitter lain seperti dopamin, serotonin dan endorfin juga akan dirembes bersama. Endorfin ni bertindak sebagai penghilang/mengurangkan rasa sakit yang ringan (macam sakit kepala atau otot badan letih tu kan), manakala serotonin tu memang antidepressant (cegah kemurungan). Senyumlah selebarnya dan ucapkan S kedua di bawah ini.

2. SYUKUR

Syukur aja apa ada, apa sedang dihadapi, walau ujian yang kita rasa sukar, walau ganjaran yang kita rasa gembira sakan. Syukur akan membantu meredakan rasa tekanan dalaman diri kita, dan beralih ke tindakan seterusnya iaitu tindakan positif yang baik-baik. Anak tumpah air, tarik nafas, syukur... Anak tak letak pinggan ke sinki? Senyum tarik nafas syukur.... buat aja, lepas tu beritahu mereka apa kita mahu dia buat, cakap elok-elok, sebenarnya mereka boleh buat dan beri kerjasama, cuma nya bila solusi diberi ketika emosi amarah, mesej mendidik tak sampai, yang melekat di telinga hati mereka cumalah sakit hati, semua salah, takda betul, apa kena buat ni? Tak masuk di kepala pun.

Syukur, apa ada, ada anak, meriah rumah,
Ada orang sunyi rumah anak tak ada kerana sebab tertentu.
Syukur apa ada nya, keberadaan, kewujudan, pemilikan apa ada walau rasa tak pernah sempurna pun ianya. Sebab memang dunia ni takda apa yang sempurna pun 😁. Siapalah kita nak marah-marah sebab tak sempurna pesemua benda nak komen, kan....😌

3.  SABAR.

Sabar datang setelah kita bersyukur tadi. Kita menahan rasa marah dan nak membebel apa semua sebab kita telah letakkan rasa syukur as pertama tadi. Sabar dan kuatkan kesabaran, niat dan target kan tiada bebel hari ini dan bising marah, hanya perbuat aja, kalau keluar perkataan pun perkataan yang baik dan tepat baik aja (setelah syukur dan tenang hadir). Menahan marah=sabar, syurga buat kita...

4. SENAMAN

Check balik diri, dah senaman belum hari ini? Belum? Sudah? Optimum seminggu 3 kali, 30 min setiap kali. Aargh lamanya... Kalau jenguk medsos ada tak tiba-tiba eh dah 45 minit masa berjalan. Apa aku buat tadi tu? Hmm maka prioritikan, senaman sebagai utama ya dalam antara aktiviti harian kita. Ia bantu banyak untuk dalaman kita agar seimbang, sihat, dan positif. Bersenamlah, bersyukurlah masih boleh bergerak sebab nanti bila ditarik nikmat kesihatan, nak bersenam pun sewaktu baring atau kelip mata aja untuk solat nya kita....

5. SPIRITUAL.

Amalan spiritual kita boleh amalkan yang mudah dan rutinkan, contoh solat awal waktu, zikir 33 kali, zikir 100 kali, Quran 1 ayat pun tak apa, tahajud malam kita berapa kali seminggu semua, cari waktu ketetapan untuk diamalkan, tiada culas lagi. Ia bantu keseluruhan keseimbangan dalaman diri kita ya. Ibu jadi lebih tenang, InsyaAllah.

6. SATU kerja satu masa, FOKUS.

Ia bantu kita siap dan bukan tertangguh tak siap-siap sebab buat semua benda satu masa. Bila siap, kita dapat hormon dopamine, sebab kita rasa rewarded, puas, siap kerja kita satu part. Walau siap lipat baju satu bakul, atau siap cuci satu dinding di satu bilik air, atau kemas almari baju lama disisihkan, apatah lagi kerja berkaitan pejabat dan kerja kita yang lain. Fokus satu kerja satu masa ok.

7. SENDIRIAN - Me Time

Ini paling perlu, boleh sekalikan dengan me time aktiviti spiritual kita mahupun selitan minum hot chocolate dan baca berita kita pilih/ tapis tapis shopping cart kita di shopee ke, dan baca buku kegemaran kita. Chill.... Bayangkan duduk di satu sudut kegemaran kita di satu tempat, dan nikmati ianya... sebentar 10 min pun dah kira ok. Badan kita perlukan kita untuk dimanjakan dan diberi perhatian, ok.

==================

IKLAN

Anxamin Penawar Anxiety & Panik Attack

Merasa Tenang & Relek
Lebih Fokus
Tidak Sesak Nafas
Tidak Rasa Risau Melampau

RM139-RM390 Baru

1893 Terjual

BELI SEKARANG

Postingan Terkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back to Top

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *

Products

Cari Artikel